Friday, March 25, 2011

Hai, apa khabar

Sepinya blog ni. Takde khabar berita. Org lain ada blog, hang pun nak ada blog juga. Pastu sepiiiii.... Seriously, mmg mood nk update blog non-ado!

The whole month of march is the busiest month. Macam-macam. Buat-buat bz kot. Berbloghopping tuk dptkan ilham tapi, ilham tak juga mari-mari.

Ooo...nak cite pasal trip langkawi with the whole of family, besttt banget! Gambo pun lum upload lagi. Tak best cite takdok gambo, kang kata aku syok sendiri. Pes time weiii ke langkawi. Org lain dah bertrip2, aku baru nk jejak. Tu pun, ehsan ayahanda membelanja anak-anak & cucu! Timakasih abah, insyallah murah rezeki abah n panjang umur!

Skrg ni dlm lrt nak balik. Hubby tunggu kat stesen sg besi. Makin penuh lrt. Sib saik dpt seat sbb naik dri pwtc. Jarang benor naik lrt, alternate days je. Sebab sibuk dgn Premium Beautiful. Kalau takde appointment naik lrt. Lagi cepat n senang. Tak ler menyumpah-nyumpah sangkut dlm jem jeee...

Ok, dari non-ado ilham, terus merapu. Esok sabtu, syoknye. Leh guling-guling dgn Danisha. Danisha dah semakin petah cakap. Geram tgk dia. Rasa nk gigit mulut dia. Dah pandai ajuk cakap mama n baba dia. Aku bgi adik nak tak Icha?? Doakan mama k. Cian awak, nanti ada kawan nk main ngaduh kan....tapi pantang kena marah, kememeh. Tau tak kememeh tu apa? Sikit-sikit nk nangis. Gembeng tul anak aku ni. Ikut sape entah. Manja tulll...tau tak gembeng tu apa?? Kuat merajuk lerrr...

Ok, dah merapu ikan kerapu ni. Lrt makin penuh, sat lagi org yg diri depan aku ne boleh baca terus post aku ni, tak yah nak buka-buka website.

Thank god is friday peeps! Alhamdulilah Allah panjangkan umur n berikan kesejahteraa tuk hari ini. Moga esok Allah kurniakan keberkatan, insyallah! Amin.

Have pleasant weekend!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 15, 2011

Budak zaman sekarang...

Ni aku tangkap budak ni tengah sakan pakai cosmetic aku ni. Si Icha ni tau je mana aku sembunyikan barang-barang aku.


Aku tengah menyapu bilik, dia selongkar dressing table aku terjumpalah aku punya make-up pallete. Dah lah aritu dia sakan dengan aku nya blusher, ni trjumpa pulalah pallete estee lauder.  Alahai anak omak ni...syok betul.


Dia ingat aku tak nampak agaknye tuuu......

Sampai terbaring-baring ok....ada korang makeup sampai terbaring-baring??


Syok bukan main...

Ni lah hasilnya.....Dia dah kerjakan pallete aku, dia tnya cantik tak mama!

Pasai apa pakai kat hidung nak oiiii.............

Monday, March 14, 2011

Apa buat bile dlm jam

Ptg-ptg ni bile KL ujan, confirm jalan mesti jam kan...takpelah, pagi tadi pgi keje, jalan clear, 30min je nk pegi keje..

Tapi dlm boring-boring dlm kete, dtg lah rajin nk pakai losyen. Tu mmg habit aku. Sebab, aku rasa time jam lah ni, tak de idea nak buiat kan...

Meh share apa hand lotion you all..yg you all bawa dalam handbag. Yang korang bawa pegi mana-mana...

Mine is Shea Butter from L'occitane for dry skin. Best sangat, even you wash your hand pun, still rasa lembut je. Bau pun best je. Nak drive masa jem pun syokk je rasa jari jemari mulus je..Packaging pun very practical. Senang.

(Post ni poat bosan sebenornyeeeee)

Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 9, 2011

Kemanisan dan kesenangan

Lovely Wednesday kan...jalan-jalan sana-sini, macam Wordless Wednesday kamu ya...menarik sangat. Thanx for sharing guys.

Hari ini, masuk office lewat, ada appointment dengan contractor. Apa lagi hal rumah lah. Slowly lah. Nak buat sekaligus...pengsan. Duit mengalir cam air terjun Kota Tinggi. Deras je keluar. Time to membukitkan balik saving. Sib baik ada back-up BUSINESS lah apa lagi. Syukur, alhamdulilah. Tak terusik pun bahagian yang lain cam saving, especially. Keje memang ada fix income. Tiap-tiap bulan ada income tetap. Hanya utk bayar bills, saving and the most important things is insurance. Tapi at least saving is fixed, takde lah nak skip-skip cam dulu-dulu. Nak beli barang yang kita nak pun dah boleh senyum je. Tak de lah nak berkira-kira lagi. Kesian kami dulu...... Gaduh dalam hati je. Tapi itu dulu. Siapa sangka, boleh buat investment dalam property. Tak sangka boleh buat investment dengan cepat cam gini. Memang ada plan nak duduk umah bawah, tapi by age 35. Sebab masa tu rasa cam tak termampu nak buat target before age 35. Siapa sangka belum pun cecah 35, tercapai impian. Betul orang kata, always visualize what you dream of and what you want. It'll come true! And, its true.

Sekarang nak aim income 5 figures pula. Keje 10-15 tahun pun lum tentu dapat pegang income 5 figures ni. Berangan tiap-tiap hari, nak tengok dalam acc ada 5 figures income. Seronoknyeeeeee. Insya'allah boleh lah bawa parents pegi umrah dengan fully sponsored dari CikAyu. Bawa Danisha sekali. Tiap-tiap hari kena visualize, attract positive vibes agar melekat kat saya. Yippeee....Dengan business ni pula, boleh dapat melancong free. 3 kali setahun. Tak payah keluar duit sesen pun. Pegi sana bergembira je and shopping. Bawa duit shopping lah kan. Layanan VIP okk......semua 5 star. Seronok tengok CDM Salha, CDM Hanis melancong dpt 1st class punya layanan. Tak sabar nye nak rasa semua tu.

Dulu hubby selalu tanya, betul ke nak business jual baju dalam ni. Ada ke orang nak beli? Sanggup ke orang nak bayar beribu-ribu untuk baju dalam. Masa tu risau bukan main. Resah gelisah je. Tapi tekad dalam hati, insya'allah boleh. Kalau orang lain boleh, nape saya tak boleh. I always visualize myself doing a business and of course, the business with solid income. Tak sangka betul, dapat jual corset yang hubby kata baju dalam tu dlm masa 2 jam je. Tak percaya? Saya pun macam tak percaya. Senang rupanya nak berbusiness ni. Tak susah. Ikut saja cakap dan cara pemimpin, bulat hati dengan pemimpin. Sentiasa rujuk dan bertanya dengan pemimpin. Tak susah pun. CDM Salha selalu cakap, fokus dan positif. Aura positif tu akan datang terus pada kita. CDM Kak Ana pun selalu pesan, fikir positif, insya'allah, kejayaan tu ada depan mata. Thank you CDM Salha. Majlis ilmu pun penting. Kat situ, bukan setakat ilmu saja, selok belok nak berbusiness pun diajar juga. Dari yang kosong knowledge about business ni, skill tu tetiba datang, tinggal nak asah je lagi. Dalam majlis ilmu tu lah, kita boleh rangka, dan menyusun startegi untuk mantapkan kumpulan kita. Alhamdulilah, Cikayu dah jadi leader. So, kena jaga rakan kongsi yang lain untuk capai apa yg kita dah capai. Kongsikan apa-apa saja ilmu yang kita ada ni pada rakan kongsi. Turunkan segala ilmu pada rakan kongsi. Tengok je lah CDM Hanis dan CDM Salha, bangga betul berada dalam bimbingan dan didikan diaorg. Walaupun perbezaan umur, tapi tak lokek nak kongsi ilmu. Kadang Cikayu ni pun degil juga, kalau degil diri sendiri yang rugi.

Perubahan tu datang dari diri sendiri. Orang lain tak boleh bantu untuk merubah diri melainkan diri sendiri yang willing to change. Nak berjaya, nak senang...tak susah asalkan berani berubah kepada yang lebih baik. Bukan kita hendak berlebih-lebih, tapi sekadar memenuhi impian. Impian untuk menunaikan haji/umrah di usia yang muda, melancong, menambah simpanan, membantu keluarga, bahagian ibubapa kita....tu semua impian semua orang kan. Tipu kalau kamu tiada impian. Macam-mcm impian kamu boleh lakarkan. Tapi jika tiada disusuli dengan usaha, doa dan tawakal, apa gunanya impian tu. Tak berseri kan? Perubahan itu sangat menyakitkan sebab kita dah terbiasa dengan yang lama, tapi kesakitan itu sekejap saja sebab akan terbit kejayaan yang sangat manis. Kesusahan itu pun sekejap saja, akan terbit kesenangan sekejap je lagi.

Bagaimana untuk mengukir kemanisan dan kesenangan? Call cikayu - 013-2206 010. Cikayu nak share kemanisan dan kesenangan itu.

Anda buat, anda dapat!


Wordless Wednesday (7)

Tuesday, March 8, 2011

Amik aura cantik...

Assalammualaikum...salam Selasa. Hujan renyai-renyai pagi, hujan bawa rahmat di pagi hari, tika manusia berlumba-lumba keluar mencari rezeki. Mak saya selalu pesan, berdoalah selalu wpun hujan sedang turun. Rezeki tu..

Anyway, I start my day with Nasi Dagang and Bazaar. Ngada tak, selalu org baca newspaper, nk tmbh ilmu and update knowledge...kata nak amik mood pagi nak kerja kan..harus amik aura cantik dulu!


p/s : di pantry saya banyak majalah Bazaar sebab ada supplier free. Sila jangan jeles. Anyway Bazaar tu bulan January yea, takpe lah lewat 2 bulan...baru nak baca!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 7, 2011

Buah cempedak di atas pagar

Kalau salah tolong tunjukkan. Poyo je entry ni. Huwa...huwa..huwa!

Sebab, ni lah baru pandai update blog from BB. Selama hari ni mmg tak tau n pandai. After baca blog kat Viruspadu, baru tahu camne nak buat. Tu pun baca blog Ixora. Tq..tq!

Ok, skrg dah boleh berfoya dengan BB!
Sent from my BlackBerry® smartphone