Wednesday, December 29, 2010

Macam mana nak ukur?

Ramai yang email/sms/pm tanya macam nak dapatkan SIZE yea untuk Premium Beautiful ini. Ok, ayu nk share n nk tunjuk cara nak ukur, agar size PB tepat dan sesuai dengan bentuk badan kita. Thank you to my leader, HANIS sebab buat entry khas bagaimana nak ukur untuk dapatkan size sebenar PB.

Bahan-bahannya (cam nak masak pula) :

1. Pita ukur. Kalau, takde, kena adakan, sebab tali rapiah, tali kasut, tali sauh ke memang tak boleh guna ok....

2. Pen & kertas. Untuk tulis ukuran yang telah diukur.

3. Ukuran adalah dalam bentuk CM atau Sentimeter, bukan inci, bukan Milimeter yea.....

3. Itu aja boleh lah start ukur badan sekarang.


1. Ukur dada di puncak dada, seperti gambar di bawah ini. (Bust)


2. Ukur di bawah dada, mesti tepat seperti di gambar ini untuk menentukan size Long Bra. (Under bust)


3. Ukur bahagian pinggang. Nak tahu bahagian pinggang mana, yang tempat ada pakai kain baju kurung atau seluar. (Waist)


4. Puncak punggung


Ok bila dah tulis ukuran tu semua, jangan lupa email/sms/pm saya yea untuk tugas saya pula dapatkan corset anda.


email : ladyayu78@gmail.com

hp : 013 220 6010

Tuesday, December 28, 2010

Gratitute List

This is interesting, i pun sibuk nak buat juga. Tiru dari blog Joy

# just for fun : make my day

here goes my top grateful list for today :

1. Start with breakfast - Nasi dagang + gulai ayam
2. beauty
3. Premium Beautiful's customer/partner
4. Correspondences/Email
5. Office
6. Internet - Hunting for wallet/bloghopping
7. e-Banking
8. Hubby
9. Pasar Tani - JKR
9. KL - Amstermdam - London (for my boss)
10. Coffee for me!!


So, that's all for today....tq Joy for sharing. How bout yours?? Sharing is sexy.....



Friday, December 24, 2010

It's a juggling act

Pinjam title YummyMummy yea.....Sibuk yang buat-buat sibuk, hahahaha...Tapi memang sibuk sangat. Tak terlayan. Kalau boleh ada kembar yang leh create baru, dah lama aku buat dah. Aku anto sorang-sorang buat keje. Senangnya hidup.



What's in the list now? Final exam this coming Friday, 31/12/2010. It is the final exam, final semester and I will remember 31/12/2010 forever as it is the final dot, final remark and freedom as a part-time student. Merdeka, Yahoooooooooo. Closing for year 2010. Last paper is the Human Resources Development (HRD), Ya Allah semoga aku boleh jawab dengan baik dan lulus dengan cemerlang. AMIN.


What in next, is my business definitely. Alhamdulilah, sejak promo cash rebate ni berduyun-duyun yang berkeinginan. Terima kasih kepada anda semua. Alhamdulilah murah rezeki. Rezeki anak. Rezeki nak pindah rumah. Rezeki abis belajar. Semuanya rezeki, alhamdulilah. Rezeki business partner juga, Cetot. Baru join business 2 hari, Premium Beautiful dia abis dah kena booking, licin, yilek, fin, finish......abis! Alhamdulilah. Lagi 2 minggu je dia nak bersalin tu. Congrats. Pay off our efforts and harwork within 2 days ni yea, Cetot. Cetot boleh senyum sampai bercantum pun takpe. Boleh cuti bersalin dengan senang hati. Jangan ko terberanak awal ye cetot. Hahahaha. Berderet-deret appointment nak kena jumpa minggu ini. Org sibuk holiday sana sini, saya di KL nak entertain client partner and prospect. Alhamdulilah.


Next is contractor hunting. Yes, dah dapat kunci semalam. Tu yang dalam status FB tak sabar nak jumpa org pukul 2pm. Nak pegi amik kunci rumah. Seronok bukan kepalang. Sebab, perasaan yang sangat-sangat lain je. Sebab 2nd property ni perasaan dia lain macam saje. Mcam ngada je ko ni cikayu, tapi betul sebab, tak sangka boleh beli property tak sampai lagi umur 35. Landed property pula tu and this is my 1st big investment. Rumah sekarang rumah hubby. Takde jointname pun. Semua sendiri-sendiri. Hubby kata, if anything happened takde lah nak nyusahkan mana-mana pihak kan. Sekurang-kurangnya masing-masing ada 'bekalan' kalau jadi apa2. Tapi kita minta jauh lah semua tu. Just amik langkah berjaga-jaga kan. Kite tidak tau apa akan jadi masa hadapan nanti. Memang target nak beli landed house at age 35. Tapi dapat pula before reach 35. Alhamdulilah. Dengan join business ni baru ada confident nak buat investment besar cam gini. Seronok lah Danisha nanti nak main basikal kat porch, kalau tak keliling dalam rumah je. Kesian pula tengok. Sabar ye sayang...... Tapi bile tgk quotation contractor, nak terkeluar lah juga biji mata nengoknye, nak rumah cantik kan, berhabis lah juga. Duit...duit, mari kemari masuk dalam handbag ku cepat. Kalau lah boleh seru cam gitu, dah cam bela toyol pula. Hhahahha. Ish...minta jauh lah! Ada sesiapa yang boleh recommend contractor? Boleh email saya contact no yea.....jasa anda semua sangat2 saya hargai.


Lagi satu, survey nursery/playschool area Saujana Impian/Prima Saujana utk Danisha next year. Sedih pula rasanye dah nak anto dia ke sekolah. Baru playschool lum nak anto dia Darjah 1 ke. Ni pun dah terkebil2 tahan air mata....mau boleh meraung kalau anto gi sekolah Darjah 1 ni, over je mama ni. Baru list out kan a few, weekend ni nak gi merayap lagi. Hubby is not ready to send her to playschool as he said, Danisha still a baby and need more attention from a personal care a.k.a babysitter instead send her to school. Well, its not a school dear, just a playschool and she can socialise with other kids at the same time to develop her self-confidence and making a new friend too. Yes, my Danisha dont have any play-mate. We seldom let Danisha play with our neighbour or bring her to playground because, they are boys, no girls. Cian anak mama. I'm ready to sent her off so that she can learn more in school as we dont have much time to teach her. I get help mostly on the electornic medium such as DVD learning material. Pity Danisha, I just spend not more than 2 hrs every night with her, she'll get tired and lack of focus before 9.30 as near to her bedtime, me also ternguap-nguap depan dia. At least we can get help from the professional as nowadays, the competition is very critical in school, I want to her prepare her mentally and physically. Dont you think that I'm OTT in creating a future plan for Danisha, no doubt, all mommies out there do the best for her kids. I need an input for you all as a guideline as this is the learning process for me too.


Apa lagi yea? cam sikit je...kepoyoan je ko ni cikayu. Erm....haaa...lagi satu busy wallet hunting juga. Nak ganti wallet baru Braun Buffel yang banyak berjasa ni, dah sampai matang usianya. Dah tiba masa nak kena ganti. Sementara sales season ni boleh lah mencari-cari mana yg dpt discount kan. Bile dah dapat nanti, insy'allah saya reveal k. Akan ku kongsi bersama. Insya'allah.

Thursday, December 23, 2010

Saya fully BF, kalau pakai PB bagaimana?

Banyak query tanya bagaimana nak breastfeed bila kita pakai Premium Beautiful ni. Susah ke, tak rosak ke Premium Beautiful ni masa tengah pump. Macam-macam lagi soalan.

Tak susah sebenarnya, bila mommy nak pump, mommy just longgarkan tali Long Bra semaksimum boleh dan boleh terus pump atau menyusu. Mudah saja. Tak dapat nak gambarkan camner? Ok, saya sharekan di sini info & visual bagaimana nak pump or BF baby masa pakai Premium Beautiful. Info ini dari business partner Maisarah, dari blog Amalina.

pump susu semasa memakai Premium Beautiful

thanks to Puan Anon yg bertanya... so saya buat entry kat sini camner nk pam susu bila pakai PB :D

nasib baik ada mannequin nih..so bleh tunjuk camner :D


btw, ramai je pumping mommies yg pakai PB while pumping...yg saya tau adalah Fizamior, Yaya and Hanis...now, saya pun join d club :D



if nk pam susu pakai PB, just longgarkan tali long bra(adjust mcm tali bra tuh), pastu turunkan cup bra...pastu bleh la letak corong pam n pam mcm biasa..

kalo pakai freestyle mcm saya, ada cangkuk khas kan yg medela bagi, pakai yg cangkuk A and sangkut kat adjuster long bra td tuh..pastu yg nk kepit tu,kepit kat waist nipper(bengkung)..pastu bleh la freestyle hehe...



if pakai manual pam/electrik pam yg kena pegang, pegang je la pam tu..nanti bila dah siap, angkat balik cup bra tu n settled..kemas2, n basuh pam :D


Senangkan? Tak susah. Applicable to semua jenis pump. Medela, Avent, Spectra......mudah je. Tak menyusahkan, malah payudara kita tetap maintain je, tak jatuh sebab Long Bra dan waist nipper mengampu payudara kita. Sangat-sangat best kan Premium Beautiful ini. Berbaloi every penny we spend. Lifetime warranty, tuk kesihatan dan kecantikan. Keharmonian rumahttanga, sudah tentu.


Tinggal 8 hari lagi promo cash rebate Premium Beautiful ini. And, from PB you can generate income to 5 figures. Tak percaya? Jom discuss.....

Zahir tidak terucap

Salam Takziah buat Meenyusuf atas kehilangan seseorang yang dikasihi, bersabar yea Meen. Allah maha mengetahui segalanya. Dugaan itu datang kerana ALLAH menyayangi hambanya.

Kisah Meen ini buat saya tak senang tidur, tak senang langsung tuk buat keja. Berhari-hari saya termanggu, bila saya lihat dan pandang muka hubby dengan perasaan sepi dan sayu, andai kau pergi kasih, bagaimana aku? Bagaimana Danisha? Ya Allah, tak tertahan rasa hati nak menanggung kelukaan itu.

Saya tidak tahu adakah saya akan kuat untuk berpijak di bumi yang nyata andai cinta hati pergi tinggalkan saya dan Danisha dengan tiba-tiba.....apakah persediaan saya nanti untuk menempuh hidup tanpa teman hidup. Saya pernah merasa kehilangan, pernah merasa kehilangan jiwa dan hati yang hancur. Kehilangan harapan untuk hidup bersama dan mencurah kasih sayang, hari-hari saya merintih kehilangan Danish. Hari-hari saya lalui sepi tanpa nangis senyum anak di sisi. Dan, saya tidak sanggup merasai lagi. Tapi mungkin kesedihan saya ini tidak sama dengan kesedihan Meen. Keperitan dan untuk melihat wajah anak pun boleh buat jiwa kita lemah, apalagi untuk menempuh hidup seterusnya. Ya Allah, tidak dapat ku gambarkan. Tapi Meen sangat kuat, wanita tabah dan kuat semangat, memberikan lambaian terakhir nya buat arwah.


Ya ALLAH jadikanlah aku isteri, ibu, kekasih dan teman sejati buat suami ku. Jadikan dia berbangga berdampingan dengan ku dunia & akhirat sebagai isterinya.




Buat Meen, bersabar ya. Allah maha mengetahui, redha akan perginya dia. Berbanggalah Meen, kerana kamu telah menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Arwah Mr R sangat-sangat menyayangi mu & Kyra. Kami sentiasa di sini bersama Meen & Kyra.


Kerja Fantasi ku

Semalam dengar Hot.FM pasal kerja fantasi. Macam-macam kerja fantasi yang caller ni bagitahu. Happening pepagi aku drive pegi keje.

Ada caller tu nak jadi driver Dato' Siti Nurhaliza, aduhai, mmg ko fanatik lah ko diknon. Siap Fafau & FBI berlakon jadi Dato' Siti & Dato' K, tak tahan aku gelak. Ada yang nak jadi cam Azwan, nak gosip-gosip sana sini. Takde ke keje fantasi yg ko nak jadi ke? Dah kata fantasi kan, sape nak peduli ke nak marah ke kan. Tak nyusahkan org lain pun kan. Bukan kena bayar pun kan.....hahahha..

Ok, dok gelak-gelak sukaria ketawakan orang, terpikir pula aku kerja fantasi ku. Pikir punya pikir, saya nak jadi tukang jahit. Hahahaha....kelakar tul. Dah lah memang tangan bangku kan. Tak geti nak jahit, ada hati nak jadi tukang jahit. Setakat jahit butang baju amik masa sejam, tu belum lagi nak jahit lipatan seluar, setengah hari aku rasa baru abis siap, tu pun sebelah. Sebelah lagi sambung esok. Berasap je muka hubby tengok tak siap-siap lagi. Hua..hua..hua.....Sebab sekarang, pekerjaan tukang jahit dah jadi profesion ye u'olls. Boleh buat duit banyak2 sebab tukang jahit ni mata duitan sikit, especially musim perayaan, pastu baju tak siap ko kena pelangkung dgn customer. Blacklisted seumur hidup dek customer....... Hahahaha.


Jadi tukang jahit ni tak payah susah nak cari baju kat luar, boleh jahit sendiri. Jimat duit. Boleh reka pesyen sendiri. Silap aribulan boleh sponsor artis sana sini, masuk paper, masuk majalah, sapa-sapa kawin leh aku sponsor ke buat baju ke. Jadi fesyen designer sebaris nama gah cam Rizalman, Jovian, Dato' Tom....kelasss u'oll berangan cam gini. Seronok lak aku. Hahahahah.


Ke langit lah angan-angan tu, balik lah ke realiti, tengah menaip entry ni kat opis. Cilok jap, boss takde kuar gi present paper kat PJ. Kuang..Kuang..kuang...

Dah gi buat keje, sambil-sambil lah korang berangan ye keje fantasi korang ye.

Monday, December 20, 2010

Adakah kamu tahu sumber makanan kamu?

Adakah kamu tahu sumber makanan kamu, bagaimana ia hidup atau tumbuh, apakah baja atau sumber yang diberikan kepada haiwan/tumbuhan untuk ia hidup atau sentiasa segar?

Cuba kamu tengok video ni.