Thursday, January 28, 2010

Saya senang hati..

saya rasa senang hati bile client saya puas hati
saya rasa senang hati bile saya dapat tolong seseorang untuk capai cita-cita mereka
saya rasa senang hati bile client dan partner saya gembira
saya rasa senang hati bile pengorbanan saya berbaloi...


saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana rezeki saya dimurahkan dan saya rasa senang hati untuk berkongsi dengan orang lain. sebab bagi saya, rezeki itu adalah milik ALLAH dan tanggungjawab saya untuk berkongsi dengan orang lain.


email saya : ladyayu78@gmail.com
ym : ciquita_78@yahoo.com

Tuesday, January 26, 2010

Geng Bas Sekolah

.......emmm...tajuk tu tidak ada kene mengena dengan cite GBS di channel Ceria ye ibu-ibu. saya tau ramai anak-anak ibu-ibu di luar sana gemar tonton Geng Bas Sekolah. tapi tajuk ini ada kena mengena dengan Bas je, yang geng tu takde ye.

setiap pagi, anto danisha ke umah nanny dia. rumah saya bertingkat deknon, jadi kalau kat depan pak guard house tu pepagi ramailah kanak-kanak yang memakai seragam yang sama berkumpul tunggu van sekolah mereka. kadang-kadang van-van warna oren tu tersadai depan guard house tunggu penumpang-penumpang kecil mereka. sejak mula sekolah, saya perasan, driver van sekolah itu di kalangan wanita. yang bestnya tu, siap letak nama besar-besar kat cermin belakang. siap no telefon tu.. contoh, van sekolah atie (bukan nama sebenar).. senang nanti potential client nak call. heheh...

yang bestnya, drivers bermakeup lah juga. dari kalangan umur 40an juga lah. kira muda. pemerhatian saya, saya terbayangkan, macam mana kalau aku tukar career, bawa bas sekolah. masyuk juga kan. budak-budak sekolah bukan pegi 1 sekolah je, ada sekolah agama, sekolah khas lah, pegi tuisyen lah, transit lah. jiran saya kata abis rm 100++ lah juga untuk 2 orang budak. tu bukan pegi balik tau, pegi jiran saya anto, balik van sekolah jemput hantar ke rumah nanny diaorg. fuyoo.......cuti pun banyak, setakat nak maintain enjin van, kebersihan, installment van pun dah kira lepas juga tu, makan leh balik umah masak sendiri. masa cam flexible. setakat ini saya belum interview lagi driver van sekolah wanita. cuma saya perhati memang ramai yang bawa van sekolah adalah wanita di kawasan rumah saya lah.

haruskan saya memikirkan peluang perniagaan ini. beli van, sewakan jadi van sekolah pun masyuk juga. jadi driver pun ok juga. bukan 1 hari suntuk pun, pagi anto, pastu dah free, then sambung amik session petang pula.

Monday, January 25, 2010

menang lucky draw

sebenarnya ia dlm mimpi.........cik yan buat posting lucky draw last week. saya pun terhegeh-hegeh menyertainya. seronok betul. sampai terbawa-bawa dalam mimpi dan saya adalah pemenangnya..

errrr....memang dasar jakun.....

Friday, January 22, 2010

susah hati saya

pagi ini danisha melalak tak nak pegi rumah umi (her babysitter) 1st time ever melalak sambil buat muka meraih simpati. cebik-cebik bibir, tahan-tahan air mata....dah macam muka Puss in Boots dalam cite the Shrek lak....(eh..boleh samakan muka anak dengan si kucing tu...apadaa) i was so touched dan kalau boleh nak amik emergency leave, bawa balik rumah, main-main dengan dia or bawa dia makan aiskirm, tapi mama can't. tapi disebabkan hari ini kena siapkan urgent file tuk boss. lagi lah tengah assessement ini, mencabarnye kesabaran dan kekuatan hati. selalunya dia happy je nak pegi rumah umi. tapi, lately memang dia menguji kesabaran saya. meragam sana sini......mak saya kata, nak masuk umur 2 tahun, orang tua-tua kata nak beralih tahun...ye lah mak..

hubby suka buat teori macam-macam, mungkin danisha dah boring dengan umi, or danisha malas nak pegi rumah umi, or umi ada marah-marah danisha....oooo....tak tahu lah dear. i can't really digest all you theories at this moment. semalam fetch danisha, dia happy je. this morning, 1st time ever melalak, tapi bile umi amik nak dukung dia nak pula. my sis kata, bad day for her kot...budak kecik pun ada mood. mlm ni ada bodycombat class untill 7pm. tak payah pegi kot, terbayang-bayang pula muka dia pagi ini, menangis.

ooo dear danisha, jangan susahkan hati mama ye.....mama nak cari duit, nak simpan duit untuk danisha's education, buy you many toys, nak bagi danisha makan aiskrim best-best. jaga diri ye sayang....

Thursday, January 21, 2010

did you hear about the morgans?


selasa lepas pegi nonton ini movie bersama salha. nak tengok avatar, tapi show kul 4.00pm pula. so, we all both suka si sarah ni, tengoklah cite ini. all i can say, cite ini lite & easy je. kalau tak nak stress paler otak, keluar panggung tak nak pening paler nape hero mati ke, nape heroin tak buat cam gitu ke...bla..bla...tak kena selera tekak kita lah...bla..bla...and the comment goes on. better tengok cite ini. ada pengajarannya di situ especially those yang ada marriage problem. mungkin boleh amik sedikit pengajaran atau idea how to work things out. basically, saya boleh bagi 2 1/2 star je.

the synopsis :
Did You Hear About the Morgans? follows a highly successful Manhattan couple, Meryl and Paul Morgan (Sarah Jessica Parker and Hugh Grant), whose almost-perfect lives have only one notable failure – their dissolving marriage.

But the turmoil of their romantic lives is nothing compared to what they are about to experience: they witness a murder and become targets of a contract killer.

The Feds, protecting their witnesses, whisk away the Morgans from their beloved New York to a tiny town in Wyoming, and a relationship that was on the rocks threatens to end completely in the Rockies... unless, in their new BlackBerry-free lives, the Morgans can slow down the pace and rekindle the passion.

separuh jalan cite, u all dah boleh agak dah the endingnya. not surprise at all. setakat nak hiburkan hati boleh lah kot.

sekian, rumusan saya.

Wednesday, January 20, 2010

hari malas saya...


syoknye melepek je cam bear ini.......betul, hari ini saya sangat malas!!

Monday, January 18, 2010

ALHAMDULILLAH

what is my huge decision? remember my posting?

YES. finally, saya dah membuat sesuatu keputusan yang bakal mengubah segalanya. dan tanpa disedari memang ia telah mengubah kehidupan saya. TOTALLY. halangannya amat besar! sebab hubby tidak mengalakkan. tapi dasar bini yang degil lagi keras kepala kan.....hei, i am sagitarius. kuat semangat, ambitious....apa-apa pun nak semua benda berjaya. hari ini saya telah buktikan yang saya boleh buat. alhamdulilah. rezeki memang datang bergolek di tahun 2010. ALLAH izinkan ia milik saya.

saya lihat ke cermin diri saya yang berusia 31 tahun ini. tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan. cuma satu, mempunyai keluarga yang melengkapi hidup. tapi pencapaian career wise? sebagai hanya seorang secretary kepada President, bukan lah sesuatu yang saya boleh kata kebaboom career ini. saya menganggap ia sebagai pekerjaan tetap saya untuk mendapat gaji bulanan. yang membolehkan saya membayar hutang piutang bulanan saya. cukuplah untuk saya membelikan baju, makanan dan mainan untuk danisha. cukuplah sekadar untuk memenuhi keperluan harian saya atau membeli make-up untuk menghias diri sedikit, terutama untuk suami. ALLHAMDULILAH.

saya juga berpeluang melanjutkan pelajaran dengan percuma sebab jadi staff. ALLHAMDULILAH. tak payah keluar duit EPF nak buat yuran belajar.

ALLHAMDULILAH, semua rezeki ALLAH izinkan jadi milik saya. tapi saya perlu lebih sedikit REZEKI untuk menampung simpanan saya, untuk menambah simpanan kecemasan saya & suami, untuk menambah simpanan ibu bapa saya, untuk menambah simpanan pelajaran anak-anak saya, untuk menambah simpanan pencen saya & suami........banyak lagi.

ALLHAMDULILAH, ALLAH izinkan rezeki itu milik saya. hari ini saya berjaya membuat satu closing deal. betulah orang kata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. rezeki ini beri saya peluang dan punca untuk menambah pendapatan. INSYA'ALLAH ALLAH akan permudahkan lagi. saya tidak mahu menikmatinya seorang diri, tapi saya mahu share dengan orang lain. hanya perlu amik masa 2 minggu sahaja, REZEKI itu telah menjadi milik saya. ALLHAMDULILAH.