Monday, April 26, 2010

Kembali ke arena...

Its has been almost a month since my last entry.....where am I? At home and anyway that I'd have been looking for a peace and calm place. Ada exam last week for Sem Januari 2010 and alhamdullilah its over. My last paper was on Friday the 13th eh takde lah...suka sebut kalau sebut Friday. Actually it was on Friday, 23th. Habis je exam, terus cabut balik rumah, packing-packing, zassssssssss balik JB to fetch my girl back to my arm.

Memang everytime exam, not every semesters, occassionally, I'll send my girl to her nenek & atok. Tapi bukan nenek & atok pun yg jaga, but my brothers and sisters are willing to help and volunteer to look after her. Since she has niece and nephews yang boleh dia lenjan main sama-sama, borak sama-sama and gurau sama-sama sampai tak hengat langsung mama & baba dia yang kerinduan ni. For the few days, I rasa nk pengsan kerinduan, mana nak ngadap buku, mana nak ingat dia. But, at least I'm glad because she is well, taken care by my family and I can study peacefully without thinking kesiannye dia kurang attention from me. Dah lah abis masa seharian kat office pastu balik rumah, main2 kejap dgn dia tak sampai pun 2 jam......, then I've to lock myself inside the studyroom. Pastu dengar dia kat luar, ketuk2 pintu, with her sweet and cheeckly lil voice calling mama, nak asyuk (masuk)...mama nak asyuk.....oooo...sangat meruntun hati ok, rasa nak kuar je dari bilik pastu main2 dgn dia. Oleh itu, I, myself volunteer to send her to my mom's place. Jauh lak tu, JB. 4 jam driving semata-mata nak hantar dia ke JB. Berbaloi ke? Kalau nak pikirkan apa2 yang akan terjadi during our journey rasa cam tak berbaloi kan. Nauzubillah. Tapi mak kata, kalau niat kita baik, suci, murni ALLAH akan sentiasa tolong, dengan syarat berdoa lah banyak2. Amin.

Ada 2 tujuan saya hantar dia ke JB. Remember my posting regarding her speech development......Danisha lambat sikit cakap....dah macam2 kami buat so final resort, both of us decided to send her to my mom's place. Kat sana my niece and nephews ada. At least ada kawan...mana tau boleh ajar dia cakap.......at least ada lah sikit vocabs yang buat kami bangga as a parents to hear from her kan....So, alhamdulilah walaupun tak fasih, bile kami balik last Friday, suddenly she said to me, MAMA instead of UMI......rasa cam nak nangis ok......terus kami 3 beranak tak tido borak2 atas katil sampai kul 2am kot. (sampai dari KL kul 12.30am)

Danisha dah boleh sebut nama-nama dlm my family, calling her nenek nenek, instead of atok, bagi words yg susah cam affordability pun dia boleh sebut with pelat lah of course dengar sikit-sikit cam bunyi sama...ni hubbynyer keje lah..tetiba nak bagi perkataan susah terus kan. kesian dia.....

Dan yang lagi lah kesian............dia tak nak balik KL. Eventhough, dia nak ikut kami balik, tapi mungkin dia rasa berat hati nak balik KL. Kesian dia, dan saya pun rasa kesian. Bukan dia takde kawan disini, infact, her nanny's children lagi lah kecik2 gak not really kecik lah tapi dah sekolah, sama baya juga dgn my nephews and niece. Cuma maybe bile dgn family members tu lain sikit kot environment kan. I wish I could turn back the clock, accept job in JB and stay close to my family. What to do, my rezeki ALLAh dah tuliskan kan KL. Redha je lah. Tapi my hubby ada hint2 nk cari rumah kat JB, yang itu I tell more later.

Kesimpulannya, now, my girl is back to our arms again. I feel glad and cant wait to see weekend for our exciting activities. wanna bring her to aquaria and buy her new book.......

Friday, April 16, 2010

Edited version : Tolong saya.....

.....Nak beli Gucci Jolie Large Tote Bag ni. Tadi pegi Pavi, the price is Rm27++ the large size. Saya suka bag ni, the double strap, the detachable charm...the originality classic logo.....spacious, ringan, yg penting sempoi tapi bergaya.....cewaaaah......Boleh sumbat pelbagai keperluan saya dan anak saya. Mana tau leh dapat good price dari online, kita harus bijak dan cerdik nak beli ni, boleh save duit, mana tau leh dpt benda lain pula...tang gini ko nak ngaku cerdik dan bijak pula. .....terima kasih di atas keperihatinan anda. i dah tergedik-gedik ni, kang beli kat butik terus....

Kat sini ada 2 kaler, putih & hitam. Tadi kt butik tgk ada black kaler, which is very elegant and sempoi. tapi putih ni pun cun, trendy gak kan. aih...ni yg buat termimpi-mimpi lagi ni...

ooh...ya, ingat tak entry tak tido malam lena tu....saya dah dapat, tapi bukan yang itu, tapi yg lain. tunggu ya..nanti kasi update.




pics google

Wednesday, April 7, 2010

Bila tidur tak lena, asyik teringat je

Saya jenis yang cam gini. Nk buat camner....memang kalau dah suka 1 barang, murah ke mahal ke, branded ke tak...tapi kalau dah suka. Saya memang akan perap dlm paler otak, kalau selagi tak ilang perapan tu, memang selagi tu lah rasa tergedik-gedik nak juga. Macam handbag Coach Soho Pleated ni. Sekali pandang cam tak suka, 2 kali pandang, saya suka. Dan malam tadi saya asyik terbayang-bayang je. Camner ye.....aduhai parah ni. Orang kata, kalau dah teringat saje, jawabnye kena beli kan....sendiri mau ingat lah.




gambar bag i dpt dari this website

Tuesday, April 6, 2010

Ngerinya nak jalan atas pasir

Baru-baru ini, balik kg hubby di Terengganu. Pegi lah jalan-jalan makan angin laut di Teluk Ketapang. Pas kenyang makan ikan & sotong goreng tepung, amik angin di tepi pantai. We all noticed yang sepanjang turun dari kereta, Danisha tak nak jalan. Sib baik, pendukung hebat kami ada, adik ipar saya sangguplah dukung Danisha yang 14kg beratnya tu. Lama-lama, pendukung ni dah tak leh tahan. Barulah kami notice, Danisha takut nak jalan atas pasir. Dia rasa ngeri...ada kala terjerit-jerit minta dukung. Betul saya tak tipu, ni video dia ngeri nak jalan atas pasir..


Monday, April 5, 2010

Sofa ooo sofa...

Semalam, Ahad (4/4), hubby ajak pegi cari sofa. Tujuan cari sofa bukan nak mengganti sofa yang ada kat rumah, tapi nak cari sofa untuk rumah baru kami....pasal rumah nanti i cerita ok. Tapi skrg nak cite pasal sofa. Semalam 2 kedai je kiteorg pegi jengah. Lorenzo, Jusco Balakong & in-Home Design di Bdr Tun Hussein Onn. Kedua-dua kedai ni memang ada sofa yang menarik mata, hati, jiwa, bontot (sebab nak duduk kan) dan duit dalam poket kami ini. Hubby mmg suka sofa di in-Home, tapi saya suka di Lorenzo.

Bezanya, design dia Lorenzo lebih classy + modern + elegance...sungguh menepati citarasa saya. Tapi full leather, and of course costnya juga 'classy' ok. Di in-Home, design tak lah sangat menepati citarasa, tapi waduh, bontot amat suka sekali.. Rasa terbuai-buai mimpi di alam Alice in Wonderland bile melabuhkan punggungnya. Hubby suka sangat. Harga? Lebih murah, (takde lah murah sangat dari lorenzo, beberapa ratus je bezanya) tapi 1/2 leather. Siap hubby baring-baring atas sofa tu, terus dia dah jatuh cinta. But, I kinda dont like the design. Terlalu biasa, simple and cam boring pula. Walaupun boleh tukar warna kulit, bila mata tengok tak terus turun ke hati, buat camner sekalipun tetap kata tak suka kan. Dalam memilih sofa ni, memang ada sedikit tiada persamaan between us. Ada je tak kena. Tapi, what I love most my hubby, finally dia akan mengalah jua...yippiee....Luv u dear. But, we haven't decided yet, which sofa menjadi pilihan hati. Masih lagi di tahap survey.....I do have some preferences here.....please ada sesiapa yang tahu mana saya boleh mencari design seakan-akan sofa-sofa ini.... i came across to this website semua design dalam web ni cantik banget. harga, berdentum murah ok, of course lah bukan M'sia. overc. mmg murah lah deknon.

dramatic kan kalau saya letak kaler ini. tapi saya suka.....

biarpun cam lari konsep kemodenan, tapi saya mungkin tetap akan beli sofa ini kelak, sebab saya suka keklasikan bentuknya...ko ni macam-macam lah, kejap nak moden, kejap nak klasik....

elegan kan sofa ini, and i love the colour too..design, sama cam kaler merah tu. cantik lak aku tengok sofa merah tu.
yang ini sweet sangat. ada lining hitam. cantik....i rasa cam sehelai dress yang menawan. ada banyak kaler tau..

yang ini, saya suka pattern & colour. apa juga small pillow boleh masuk. saya dah bayangkan warna merah & hitam. menawan kan. suka lah...

yang ini, classy yet elegant...
yang ni mmg modern yet sophisticated. sofa yang kat lorenzo tu lebih kurang design ini. tapi full leather.

Full leather maksudnya, setiap perincian, adalah disarung dengan kulit, tiada campuran PVC atau material lain. Manakalan Half-leather, lebih murah, sebab hanya bahagian tempat duduk dan armrest sahaja leather, yang lain-lain tu adalah campuran dengan PVC. Sebab itu lebih murah.

mana satu pilihan anda? anda suka yang mana?

Click...click...

Click sana, click sini....sana sini saya click-click....tengok-tengok jam je dah pukul 12.25pm. oleh itu lunch hour akan menjenguk tidak lama lagi. sekejap betul masa berlalu...cepatlah 5.30pm. ada projek baik nii....

Hebat proton mereka ini...

Saya kagum dengan sesetengah blogger yang idea mereka tuk blog masing-masing hebat-hebat belaka, walaupun setakat nak cerita pasal telur goreng mata kerbau sekalipun....tapi bile lihat comment yang mereka dapat lebih dari 5 juga lah kuantitinya.

Tapi, kembali kepada dunia nyata, realiti hidup saya. Setiap kali nak buka cerita di dalam blog ni, idea bagaikan terhenti tidak mahu keluar terus ke dalam blog ini. Letihlah saya untuk mencari sisipan perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. Hai lah, idea kenapalah ko main sorok-sorok.

Idea yang bernas, walaupun nampak tak happening, tapi pengolahan, susunan dan penyampaian idea menjadi cerita yang menarik untuk dibaca, tersenyum sumbing lah pembaca bile membaca. Ada yang meninggalkan kesan hinggalah sampai bila-bila. Saya hormati bakat sebegini, walaupun tidak lah profesional tetapi sekurang-kurangnya dapat menyentuh diri dan jiwa si pembaca. Hai, alangkah indahnya saya juga dapat menyentuh hati dan jiwa pembaca saya. ada ke orang baca blog saya?

Apa-apa pun, bakat adalah kurniaan ALLAH s.w.t, tujuan saya berbloging pun adalah untuk kepuasan diri sendiri. Tiada yang lebih memahami perasaan dan diri sendiri melainkan diri ini. apa ko melalut pompuan!#!!

Itu sahaja....