Monday, September 5, 2011

Adakah aku akan kurus seperti mereka?

Tidak selalu saya menatap dan merenung advert tersebut.. Ketika menunggu LRT saje dan diikuti dengan pelbagai perasaan.

Mulalah terbit rasa geram, marah, sakit hati, cemburu, nyampah..kadang-kadang tersenyum berangan badan slim-melim macam Lisdawati atau Ziana Zain. Hahaha...merapu dan berangan mmg seronok. FREE. Tak kena bayar pun.

Azam nak kurus memang tak akan padam sampai bila-bila. Hairan, setiap kali berazam, pasti bertambah berkilo-kilo. Takpe, sebelum menjelang bulan 12 (ye ke!) hilang lah berkilo-kilo tu. Heheheh. Berangan lagi. Berazam kurus masa puasa. Memang saya kurus, hilang 2-3 kilo tapi ditop-up balik dengan laksa johor mak yang sangat menjilat jari. Aduhai..

Keluhanku ketika menuju destinasi Sg Besi.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..
Sent from my BlackBerry® smartphone